Lawatan & Temuduga Pelajar Sekolah & IPTA/S

Salam kepada semua yang melawati blog kami ini.

Terima kasih di atas kesudian saudara-saudari melawati blog Bahulu Mak Esah.  Oleh kerana kami menerima pelbagai permintaan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah mahupun IPTA/IPTS tempatan untuk menemuduga pihak pengurusan kami, di sini suka ingin di maklumkan bahawa kami sedia menerima lawatan dan temuduga tersebut.  Namun kami ingin memohon kepada pelajar-pelajar ini agar mengikuti segala syarat-syarat di bawah dan sentiasa bersedia semasa lawatan itu nanti.

Pelajar Sekolah
  1. Surat rasmi pengesahan dan kebenaran dari pihak sekolah/guru yang berkenaan untuk menjalankan kerja kursus yang telah di syaratkan.
  2. Senaraikan segala maklumat dan soalan yang ingin di ajukan kepada kami.
  3. Hantarkan terus surat & soalan-soalan tersebut kepada kami untuk pengesahan tarikh dan masa mengikut jadual yang telah di tetapakan di bawah sahaja.
  4. Sebarang penggunaan nama syarikat, logo, slogan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari kami adalah tidak di benarkan.  Tindakan undang2 boleh di ambil jika ada mana2 yang menyalahi peraturan yang telah di tetapkan ini.
  5. Setiap laporan yang di buat hendaklah diserahkan satu salinan kepada kami.  Laporan hendaklah di tandatangani oleh guru sebelum di serahkan kepada kami.

Pelajar IPTA/IPTS

  1. Surat rasmi pengeshan dan kebenaran dari pihak IPTA/IPTS yang berkenaan bagi menjalan kerja kursus yang telah di syaratkan.
  2. Senaraikan soalan dan maklumat yang ingain di ajukan kepada kami.
  3. Hantarkan terus surat dan soalan tersebut kepada kami untuk pengesahan tarikh dan masa lawatan megikut jadual yang telah di tetapkan di bawah sahaja.
  4. Tambahan - Cadangan dan pandangan dari setiap kumpulan mahasiswa yang hadir : Bagaimana strategi pemsaran produk keluaran tempatan boleh di majukan dan di pasarkan untuk pasaran dalam dan luar negara.
  5. Tambahan - Cadangan dan perbincangan : Bagaimana penggunaan teknologi boleh membantu meningkatkan pengeluaran dan quality produk.
  6. Sebarang penggunaan nama syarikat, logo, slogan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari kami adalah tidak di benarkan.  Tindakan undang2 boleh di ambil jika ada mana2 yang menyalahi peraturan yang telah di tetapkan ini.
  7. Setiap kumpulan di kehendaki menyediakan dan menyerahkan satu salinan kepada kami.  Lampiran satu surat pengesahan dan di tandatangai oleh pensyarah yang berkenaan.

Semua lawatan telah di tetapkan pada masa dan tarikh yang berikut sahaja.

Jadual lawatan/temuduga pelajar-pelajar sekolah & IPTA/IPTS.

Sabtu minggu ke 3 sahaja pada setiap bulan dari masa 10.00 pg  - 12.00 tgahari.

Semua surat menyurat hendaklah di hantar terus ke alamat kami.  Kegagalan mengikut syarat-syarat tersebut membuatkan saudara-saudari gagal bertemu dengan kami pada hari dan masa yang telah di tetapkan sahaja.   Sebarang rundingan lawatan di luar tarikh yang di atas tidak dapat di penuhi.

Borang makluman dan syarat-syarat hendaklah di cetak dan di tandatangai oleh guru/pensyarah dan hatarkan kepada kami bersama surat rasmi.




Hantarkan surat anda ke alamat di bawah:-

Pengarah Urusan M.E Asia Enterprise
No 49, Jalan 13, Kampung Sri Kinta,
31650 Ipoh, Perak.

Tulis di bahagian sampul surat bawah kanan "LAWATAN DAN TEMUDUGA"